Waspada watak ingin lihat kerajaan gagal - Utusan Malaysia

Waspada watak ingin lihat kerajaan gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada pimpinan kerajaan untuk berwaspada dengan watak-watak yang ingin melihat kerajaan gagal.

Katanya, cabaran berkenaan memerlukan kerjasama dan dukungan kuat semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH).

“Kita juga menyedari wujudnya watak-watak yang ingin melihat kita gagal. 

“Saya menggesa pimpinan untuk berwaspada dengan pemuka-pemuka ini yang lebih senang dengan budaya kronisme, dan cubaan mereka untuk menimbun harta kekayaan, dan mengabaikan keadilan dan kebajikan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan akhbar  petang tadi.  

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian sebagai mengulas andaian wujudnya pertembungan dalam kalangan pimpinan berkaitan soal peralihan kuasa seperti yang disiarkan di media perdana dan media sosial. 

“Saya ingin mengulangi bahawa tidak wujud sebarang pertelingkahan antara saya dan Tun Dr. Mahathir tentang soal peralihan kuasa.

“Kita telah bersetuju berkenaan proses dan pelan transisi tersebut, dan juga turut dimuafakati di peringkat PH,” tambahnya. 

Ujar beliau, kepimpinan PH harus kekal fokus terhadap isu-isu yang menekan dengan meringankan beban rakyat, menyegerakan reformasi institusi dan mengheret mereka yang mencurangi dana awam ke muka pengadilan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN