SEOUL 15 Jan. – Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara merancang mengadakan rundingan peringkat tertinggi di Washington minggu ini untuk membincangkan persidangan kedua melibatkan pemimpin mereka berikutan kebuntuan berterusan rundingan nuklear.
Akhbar Korea Selatan, Chosun Ilbo yang memetik seorang sumber diplomatik sebagai berkata, mesyuarat melibatkan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo dan pegawai kanan Korea Utara, Kim Yong-chol akan diadakan Khamis atau Jumaat ini.
Menurut akhbar itu, kedua-dua pihak dijangka memuktamadkan tarikg dan lokasi persidangan kedua antara Presiden AS, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan utusan Pyongyang terbabit juga dijadualkan akan berjumpa Presiden berkenaan. – REUTERS










