Wartawan Afghanistan dibunuh kumpulan militan Taliban - Utusan Malaysia

Wartawan Afghanistan dibunuh kumpulan militan Taliban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL 9 Jan.- Seorang kakitangan kerajaan Afghanistan yang juga wartawan sambilan ditemukan tidak bernyawa tiga hari selepas diculik kumpulan militan Taliban.

Mayat Javid Noori telah diserahkan kepada ahli keluarganya pada Selasa lalu.

Gabenor Wilayah Farah, Shoaib Sabet memberitahu Javid bersama-sama 30 individu lain diculik ketika dalam perjalanan menaiki sebuah bas ke kawasan terpencil di wilayah ini.

Dalam pada itu, Kumpulan Kebebasan Media Tanpa Sempadan mendedahkan sekurang-kurangnya seramai 15 wartawan Afghanistan telah dibunuh kumpulan tersebut dan beberapa kumpulan pemberontak lain tahun lalu. REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN