SANDAKAN 17 Jan. – Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang ketika mencari daun untuk perubatan di Pulau Jambongan, Beluran pada Ahad lepas dijumpai dalam keadaan selamat pagi tadi. Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Jamelia Ungung, 84, yang dikatakan mencari daun berkenaan di hutan berhampiran kira-kira 2 petang Ahad, dijumpai pukul 11.08 pagi tadi kira-kira 2.5km dari rumahnya di pulau itu. Operasi mencari dan menyelamat (SAR)…










