Waris Ganti: Sudah boleh ramal jika ikut tradisi - Sultan Abdullah - Utusan Malaysia

Waris Ganti: Sudah boleh ramal jika ikut tradisi – Sultan Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 15 Jan. – Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah percaya rakyat sudah boleh meramalkan siapa pewaris baginda yang akan diangkat sebagai Tengku Mahkota Pahang berikutan pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang keenam

Titah Sultan Abdullah, baginda akan menentukan Waris Ganti selepas berbincang dengan ahli keluarga terlebih dahulu.


“Insya-Allah saya percaya semua sudah lebih kurang boleh ramal kalau ikut tradisinya.


“Cuma saya nak tetapkan dan meyakinkan diri saya dahulu barulah kita boleh memutuskan dan akan umumkan dalam masa terdekat,” titah baginda selepas istiadat pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang keenam dalam era moden di Istana Abu Bakar di sini hari ini.


Secara tradisi, jawatan Tengku Mahkota Pahang akan diserahkan kepada putera sulung kepada pemerintah semasa.


Putera sulung baginda ialah Tengku Panglima Besar, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN