KUALA LUMPUR 6 Jan. – Gara-gara ‘auto-correct’ ayat suci al-Kursi surah al-Quran menjadi ayat kerusi. Itu yang terjadi kepada Twitter Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Pada kicauan di Twitter, Syed Saddiq memuji pengasuhnya yang seringkali membisikkan bacaan ayat Kursi ke telinganya ketika tidur pada waktu kecil. Bagaimanapun perkataan Kursi menjadi kerusi. “Seperti seorang ibu, kak Siti jaga Saddiq dari kecil dahulu. Saddiq dikenali sebagai seorang anak…










