PETALING JAYA 4 Jan. – Seorang perekrut pelajar warga Yemen didakwa memandu secara merbahaya hingga menyebabkan kematian seorang peragut dua tahun lalu di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Tertuduh, Mohammed Shawqi Ahmed Zawqari, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas tuduhan tersebut yang dibacakan dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Nor Hafidzuddin Yusoff sebentar tadi. Mengikut pertuduhan, Mohammed Shawqi didapati memandu secara merbahaya hingga menyebabkan kematian…










