Warga emas maut dipukul dengan peralatan kuku kambing - Utusan Malaysia

Warga emas maut dipukul dengan peralatan kuku kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH – Seorang lelaki warga emas maut selepas dipukul dengan peralatan kuku kambing dalam kejadian samun di Kampung Chap Rimau di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5 pagi, mangsa yang berusia 84 tahun mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan kiri dan belakang kepala selepas dipercayai dipukul dengan senjata tersebut di hadapan biliknya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, mangsa tinggal dalam kediaman terbabit seorang diri dan berniaga secara kecil-kecilan.

“Hasil siasatan yang dilakukan mangsa mengalami pendarahan yang banyak dan disahkan meninggal oleh pihak hospital.

“Kita jalankan siasatan dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dan setakat ini masih mengesan suspek,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Hasanuddin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi pihak polis. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×