JASIN 29 Jan. – Seorang ibu tunggal yang hilang dari rumahnya di Kampung Orang Asli Solok Terentang, Kampung Jus di sini sejak pagi Sabtu lalu ditemukan dalam keadaan selamat pagi ini. Rosiah Mansor, 52, yang merupakan ibu tunggal dan menghidap kemurungan ditemukan oleh penduduk pada pukul 9.50 pagi di perkampungan itu, selepas lebih 48 jam dilaporkan hilang dan dia ditemukan kira-kira 2.5 kilometer dari rumahnya. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan…










