Wanita cedera dipatuk ular sawa dalam mangkuk tandas - Utusan Malaysia

Wanita cedera dipatuk ular sawa dalam mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRISBANE – Seorang wanita Australia cedera ringan selepas punggungnya dipatuk seekor ular sawa jenis carpet ketika dia menggunakan tandas di sebuah kediaman ahli keluarganya di sini baru-baru ini.

Mangsa, Helen Richards, 59, menyatakan, dia melompat selepas terkena satu patukan mengejut. Sebaik menoleh ke belakang untuk melihat apa yang berlaku, dia menyatakan ada satu objek seakan-akan penyu jenis long neck di dalam mangkuk tandas duduk itu.

“Saya terasa seperti terkena satu tusukan tajam sebelum melompat,” katanya kepada akhbar The Courier Mail.

Menurut laporan, ular sepanjang 1.6 meter itu tidak tergolong dalam kategori reptilia berbisa dan ditangkap seorang pengendali ular.

Penangkap ular itu, Jasmine Zeleny menyatakan, reptilia itu mungkin takut selepas laluan untuk keluar ditutup lalu dan bertindak mematuk mangsa.

Ular sawa carpet itu dikatakan mencari kawasan berair termasuk di dalam mangkuk tandas ketika cuaca panas melanda Australia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN