Wan Saiful dakwa wujud salah laku libatkan Bersatu Perlis - Utusan Malaysia

Wan Saiful dakwa wujud salah laku libatkan Bersatu Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 7 Jan. – Wan Saiful Wan Jan, yang hari ini digugurkan daripada jawatan setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis, berkata beliau baru-baru ini membuat laporan polis mengenai apa yang didakwanya pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat Bersatu Perlis.

Menurut pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu, ada gesaan supaya beliau menarik balik laporan itu.

Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan 

“(Saya) tidak tahu apa motif disuruh berbuat demikian namun saya berkeras tidak mahu menarik balik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Saiful seterusnya berkata beliau sebelum ini bertegas tidak mahu mencampuri apa yang didakwanya urusan mengatur pemberian kontrak kerajaan bernilai puluhan juta ringgit kepada syarikat melibatkan anak pemimpin Bersatu dari Perlis walaupun ditawarkan sejumlah wang yang banyak.

Beliau menegaskan pendiriannya untuk tidak bertolak ansur dalam soal integriti selain tidak tunduk kepada tekanan untuk mendapatkan wang dengan cara salah oleh mana-mana individu tanpa mengira jawatan yang mereka pegang di Perlis.

Wan Saiful berkata beliau akan terus membantu Bersatu Perlis walaupun digugurkan sebagai setiausahanya. Tindakan menggugurkan beliau itu berkuat kuasa serta merta.

Pengerusi Bersatu Perlis Ameir Hassan berkata keputusan itu dibuat oleh kepimpinan parti yang bermesyuarat Sabtu lalu bagi memberi peluang kepada Wan Saiful untuk memberi tumpuan kepada pengurusan PTPTN. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN