Walaupun minta maaf, siasat tetap siasat - Bomba - Utusan Malaysia

Walaupun minta maaf, siasat tetap siasat – Bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 22 Jan. – Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri akan tetap menjalankan siasatan terhadap seorang individu yang mengeluarkan kata-kata menghina terhadap anggota jabatan itu ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) nahas SUV di Jambatan Pulau Pinang.

Pengarahnya, Saadon Moktar berkata, siasatan itu akan tetap dijalankan meskipun individu berkenaan sudah memohon maaf kepada Ketua Balai Bomba Jalan Perak, di sini pagi tadi.

Tambah beliau, pihaknya perlu meneliti sama ada permohonan maaf yang dibuat  oleh lelaki berkenaan benar-benar ikhlas atau sekadar gimik berikutan tindakannya itu sudah tular di dalam media sosial.

“Kes ini akan tetap disiasat sebagai pengajaran kepada masyarakat di luar sana supaya tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan dan menghina tugas serta tanggungjawab anggota bomba,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Saadon, siastan kes itu akan dijalankan di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 51 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 iaitu kerana maksud menghalang tugas anggota keselamatan berkenaan.

Semalam, seorang lelaki menulis komen di dalam Facebook ketika operasi SAR mencari kenderaan SUV itu disiarkan portal berita secara langsung.

Lelaki terbabit mengkritik mengatakan ‘skuad bomba teruk serta hanya tidur dan makan sahaja’ menyebabkan satu laporan polis dibuat terhadap individu berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×