NEW DELHI 17 Jan. – Mahkamah Alam Sekitar India memberi amaran kepada eksekutif pembuat kereta terbesar dunia, Volkswagen dengan tangkapan agar membayar denda sebanyak AS$14 juta (RM57.55 juta) dalam tempoh 24 jam, di sini hari ini.
Mahkamah menempelak Volkswagen kerana mengendahkan perintah denda tersebut dan memberi amaran untuk menangkap pengarahnya jika gagal membayar sebelum pukul 5 petang pada esok.
Denda itu berkaitan skandal Dieselgate yang mana Volkswagen didapati menipu dalam ujian pelepasan toksik bagi berjuta kenderaan diesel dengan kerugian lebih AS$30 bilion (RM123.32 bilion) ekoran denda, penarikan balik kenderaan dan pampasan. – AFP










