Vokalis Westlife meriahkan Konsert Elmina - Utusan Malaysia

Vokalis Westlife meriahkan Konsert Elmina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KONSERT Elmina Lakeside mencatat momen indah tersendiri apabila meraih lebih 10,000 pengunjung selain menampilkan tiga artis popular antaranya Shane dari kumpulan popular Westlife, Fazura dan suaminya, Fattah Amin.

Acara yang dihiasi persembahan cahaya lampu LED bermotifkan rama-rama di sekitar City of Elmina, Shah Alam berlangsung pada 19 Januari lalu turut diisi dengan pelbagai ‘sentuhan’ mesra yang menggembirakan hadirin.

Sudah tentu kehadiran penyanyi yang sebelum ini popular dengan kumpulan Westlife, Shane Filan paling dinanti dan ternyata mengubat kerinduan peminat terhadap kumpulan popular antarabangsa sekitar 90-an ini.

“Penyanyi berasal dari Ireland ini menghiburkan khalayak dengan menyampaikan lagu-lagu yang pernah menaikkan nama Westlife di mata dunia antaranya Heaven, Beautiful in White dan menutup persembahan dengan lagu ‘berhantu’ You Raise Me Up.

“Selain itu, persembahan Shane turut dimeriahkan dengan penampilan bintang internet, PongPong bersama penyanyi cilik, Sawyer Leong dan pemain violin, Josh Kua,” jelas Universal Music dalam satu kenyataan.

Konsert yang dibawa khas oleh Sime Darby Property dengan kerjasama Universal Music Malaysia itu diadakan sempena merai penduduk perumahan City of Elmina dan kempen jenama Bandaraya Elmina.

Acara yang terbuka kepada orang ramai itu berlangsung lebih dua jam dengan pelbagai permainan dan aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga seperti belon udara panas, kereta yoyo, memanjat tembok, halangan patung angin dan trak makanan.

Selain Shane, konsert yang diadakan secara percuma kepada orang ramai itu turut diserikan dengan persembahan pasangan selebriti popular tempatan, Fazura dan Fattah Amin.

“Fazura tampil membuat persembahan lagu daripada albumnya termasuk single terbaharu, Can’t Forget Me dengan iringan band secara langsung.

“Keadaan menjadi lebih meriah apabila Fattah Amin membuat kejutan apabila turut menyanyi sebelum berduet bersama isterinya menerusi lagu Paling Sempurna,” jelas kenyataan itu lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×