CAMERON HIGHLANDS 17 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa hairan apabila Pakatan Harapan (PH) dikatakan takut apabila beliau turun membantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands. Beliau yang tiba di sini hari ini berkata, ini kerana beliau bukan lagi Perdana Menteri seperti sebelum ini. “Saya pun tak tahu kenapa (PH takut kehadiran beliau). Saya bukan lagi PM, saya…










