CAMERON HIGHLANDS 18 Jan. – UMNO hari ini mempertikaikan kewujudan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana hanya dikendalikan oleh seorang individu ketika ini iaitu Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, sedangkan jawatan lain iaitu Timbalan Pengerusi dan lima Ahli SPR masih kosong kerana pelantikan belum lagi dibuat sehingga kini. Menurutnya, di bawah Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, SPR hendaklah terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan…










