KUALA LUMPUR 9 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merampas 69 kotak berisi dokumen perjanjian dipercayai melibatkan dakwaan skandal projek Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dianggarkan bernilai RM500 juta di Ibu pejabat SSM, Menara SSM, Jalan Stesen Sentral 5, di sini. Difahamkan, kesemua dokumen tersebut dirampas bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa, ketirisan kontrak termasuk dakwaan rundingan terus yang diperkatakan sebelum ini, kerugian di pihak kerajaan dan penipuan kepada orang awam. Sebanyak empat pegawai SPRM hadir bersama sebuah lori dan rampasan tersebut dilakukan sejak pukul 12…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya