[VIDEO] PRK Cameron Highlands: Dua pusat mengundi awal dibuka - Utusan Malaysia

[VIDEO] PRK Cameron Highlands: Dua pusat mengundi awal dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS – Dua buah pusat mengundi undi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands mula dibuka tepat pukul 8 pagi ini hari ini bagi membolehkan 247 pengundi yang terdiri dalam kalangan pegawai dan anggota polis melaksanakan tanggungjawab mereka.

Seramai 232 pengundi daripada jumlah tersebut akan mengundi di bilik maklumat Balai Polis Brinchang manakala 15 orang lagi akan mengundi di bilik maklumat Balai Polis Sungai Koyan.

Tinjauan Kosmo! di Balai Polis Brinchang mendapati proses pengundian berjalan lancar dan pengundi awal pertama keluar dari pusat mengundi kira-kira pada pukul 8.05 pagi. 

Ketika ditemui pemberita, Koperal Abdul Shukor Ariff dari Balai Polis Tanah Rata itu berkata, dia hadir awal untuk mengundi kerana akan bergegas ke hospital selepas itu bagi urusan pembedahan anaknya pada pukul 10 pagi.

Turut kelihatan, calon Bebas, Wong Seng Yee yang hadir untuk meninjau proses tersebut sambil bersalaman dengan pengundi.

PRK Cameron Highlands diadakan susulan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk C. Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu ekoran berlakunya amalan rasuah di kawasan tersebut.

PRK bagi kerusi Parlimen itu akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN, Ramli Mohd. Nor dan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran serta dua calon Bebas, Sallehuddin Ab. Talib dan Wong Seng Yee. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN