[VIDEO] Lim Kit Siang 'disekolah' semasa kempen - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lim Kit Siang ‘disekolah’ semasa kempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 24 Jan. – Selepas tular video calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran dibidas seorang wanita warga emas di Felda Sungai Koyan 1 minggu lalu, hari ini tiba giliran Penasihat DAP, Lim Kit Siang ‘disekolahkan’ oleh beberapa orang lelaki semasa berkempen di sebuah restoran di hotel dekat Brinchang di sini.

Video MEDIA SOSIAL

Menerusi video berdurasi 50 saat itu, Kit Siang bersama Manogaran telah disindir oleh pengunjung restoran tersebut yang mendakwa kerajaan PH telah menipu rakyat.

“Semua kena tipu. Janji tak boleh makan. Semua kena tipu,” ujar salah seorang pengunjung.

Semasa Kit Siang dan Manogaran berjalan keluar dari restoran tersebut, lelaki sama turut mengingatkan mereka bahawa janji-janji pada pilihan raya umum lalu masih tidak tertunai tetapi masih mahu membuat janji lain.

“Janji pilihan raya lepas pun tak selesai lagi. Apa lagi mahu janji. Janji kuat, menipu kuat. Pergi tipu orang lain pula,” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki lain turut menyindir Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dengan mengatakan Orang Asli telah lama tinggal di negara ini.

Kit Siang dikritik berikutan kenyataan yang dikeluarkan beliau dalam Facebooknya yang mengatakan jika PH menang di Cameron Highlands, beliau akan meminta wakil Orang Asli dalam PH menyediakan draf bagi memberikan Orang Asli kewarganegaraan penuh.

Usaha mendapatkan maklum balas Manogaran berhubung insiden itu tidak berjaya selepas beliau gagal dihubungi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×