[ VIDEO ]Calon BN berbahasa Mandarin tarik perhatian - Utusan Malaysia

[ VIDEO ]Calon BN berbahasa Mandarin tarik perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 22 Jan. – Calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor menarik perhatian ramai apabila membuat rakaman ucapan selamat Tahun Baharu Cina dalam bahasa Mandarin.

Rakaman ucapan tersebut dimuat naik dalam laman Facebook beliau hari ini dan dalam video berdurasi 30 saat itu turut disertakan terjemahan ucapannya dalam bahasa Malaysia.

Dalam temubual dengan Utusan Malaysia baru-baru ini, Ramli mengakui boleh bertutur dalam bahasa Mandarin, cuma jelasnya tidaklah begitu ‘pandai’.

Berikut adalah terjemahan daripada ucapan Selamat Tahun Baharu Cina dalam bahasa Mandarin dalam rakaman tersebut.

‘Kepada saudara mara di Cameron Highlands yang dikasihi. Nama saya Ramli, orang tempatan dari sini dan saya ialah salah seorang daripada kamu. Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda menyelesaikan isu dan masalah yang dihadapi.

‘Saya akan sentiasa bersamamu. Menjelang Tahun Baru Cina, saya juga ingin mengambil kesempatan awal ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada warga Tionghua di Cameron Highlands. Sekian terima kasih’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×