Video buli pelajar kes lama, polis akan panggil pihak terlibat - Utusan Malaysia

Video buli pelajar kes lama, polis akan panggil pihak terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 15 Jan. – Video kes buli membabitkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Penaga dekat sini yang tular di media sosial beberapa hari lalu merupakan kejadian lama yang berlaku awal tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, siasatan pihaknya mendapati video itu juga berlaku di luar kawasan sekolah.

Katanya, kejadian buli itu membabitkan seorang mangsa dan lima suspek pelajar sekolah berumur antara  15 hingga 17 tahun daripada sekolah sama.

Tambah beliau, mangsa dipercayai dipukul rakan sekolahnya yang lain kerana didakwa  mencuri telefon bimbit dan wang saku salah seorang suspek buli terlibat.

“Polis sehingga kini tidak menerima laporan berhubung kejadian ini meskipun berlaku awal tahun lalu.

“Bagaimanapun, kita akan memanggil pihak yang terlibat sama ada mahu memberi laporan bagi membolehkan kes ini yang ditularkan semula di media sosial disiasat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengguna laman sosial beberapa hari lalu digemparkan dengan satu video seorang remaja lelaki yang masih berpakaian seragam sekolah dipukul beberapa pelajar sekolah lain.

Kejadian itu yang didakwa membabitkan pelajar sebuah sekolah di Penaga dekat sini  menimbulkan kemarahan netizen yang menggesa pihak polis menjalankan siasatan dan menahan pelajar terlibat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN