GEORGE TOWN – Seorang lelaki sempat membuat rakaman video sebelum terjatuh dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di kilometer 12.1 arah Batu Kawan dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A. Anbalagan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun dikatakan bertindak terjun daripada tembok pagar jambatan selepas memberhentikan kereta Perodua Kancil dipandunya di bahu jalan.
“Mangsa bagaimanapun telah diselamatkan oleh nelayan kira-kira pukul 9.30 pagi yang kebetulan berada di kawasan tersebut sebelum dia dibawa ke Jeti Polis Marin, Batu Uban di George Town. – K! ONLINE










