[VIDEO] Bekas ADUN DAP buat tuntutan palsu mengaku tidak bersalah - Utusan Malaysia

[VIDEO] Bekas ADUN DAP buat tuntutan palsu mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 24 Jan. – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Selangor, Loh Chee Heng, 41, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini atas tuduhan membuat tuntutan palsu.

Mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, Chee Heng membuat tuntutan palsu bagi dua program kemasyarakatan pada 2015 bernilai RM33,380 yang sebenarnya tidak pernah dilaksanakan.

Program tersebut adalah Pesta Tanglung membabitkan jumlah tuntutan RM20,000 dan Program Sambutan Hari Guru melibatkan kos tuntutan RM13,380.

Bagaimanapun bekas ADUN Teluk Datuk itu yang diwakili peguam Wong Khai Pun Keppy mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mohd. Sabri kemudiannya membenarkan Chee Heng diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin, manakala dokumen perjalanannya diarah diserahkan kepada mahkamah.

Sebutan dan pengurusan semula kes akan dibuat pada 25 Februari depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN