[VIDEO] Al-Sultan Abdullah sedia tunai tanggungjawab - Utusan Malaysia

[VIDEO] Al-Sultan Abdullah sedia tunai tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah menyeru kerjasama semua pihak untuk sama-sama memajukan negara.

Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda juga sedia mendengar nasihat daripada pelbagai pihak supaya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.

“Majlis Raja-Raja telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong selama lima tahun. Insya-Allah, saya akan menunaikan tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah tentu saya juga amat memerlukan kerjasama, nasihat dan panduan supaya kita sama-sama dapat menunaikan tanggungjawab yang diberikan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui media pada Majlis Santapan Jamuan Kesyukuran Sempena Memuliakan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah di Masjid Baru Temerloh di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, baginda turut menyertai bacaan tahlil dan doa selamat serta menunaikan solat sunat hajat bersama rakyat Pahang bagi memohon petunjuk dan keberkatan Allah dalam urusan pemerintahan negara.

Sejurus bacaan tahlil dan doa selamat, baginda menyerahkan sumbangan kepada golongan memerlukan di pekarangan masjid tersebut.

“Mudah-mudahan, kita mendapat rahmat daripada Allah dan seterusnya memajukan negara,” ujar baginda sebelum meneruskan kelaziman baginda beramah mesra bersama rakyat. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×