Vape dan shisha juga dilarang di kedai makan - KKM - Utusan Malaysia

Vape dan shisha juga dilarang di kedai makan – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan penggunaan rokok elektronik (vape dan nano stick) dan shisha turut dilarang dalam premis makanan.

Dalam satu poster yang disiarkan di laman Facebook rasminya, kementerian itu berkata larangan tersebut berkuat kuasa sama seperti larangan merokok yang bermula kelmarin.

“Selain daripada merokok, vape, nano stick dan shisha turut dilarang di premis makanan. Harap maklum,” kata kementerian itu.

POSTER larangan penggunaan vape, nano stick dan shisha di premis makanan yang disiarkan di laman Fac
POSTER larangan penggunaan vape, nano stick dan shisha di premis makanan yang disiarkan di laman Facebook Kementerian Kesihatan. – UTUSAN ONLINE

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan vape dan shisha yang mengandungi nikotin turut termasuk dalam larangan merokok seperti yang tertakluk dalam Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

“Peraturan itu jelas jika mempunyai nikotin akan tertakluk (pada larangan tersebut), dengan kata lain apabila kita buat penguatkuasaan kita akan lihat sama ada vape atau shisha itu mempunyai kandungan nikotin atau tidak.

“Jika kita dapati tiada nikotin ia tidak termasuk dalam larangan itu nanti,” katanya seperti dipetik Bernama dua bulan lalu.

Poster terbaharu yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan bagaimanapun tidak menyebut pengecualian kepada vape atau shisha yang tidak mempunyai nikotin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN