APABILA berlakunya kematian, antara perkara sukar yang terpaksa dilalui oleh waris selain daripada pengurusan jenazah adalah pengurusan harta pusaka si mati.
Bukan mudah untuk waris mengendalikan semua perkara penting tersebut memandangkan kematian bukan suatu kejadian yang sering berlaku dalam kehidupan seharian seseorang.
Bila tarikh terakhir kita berhadapan dengan urusan kematian ahli keluarga terdekat? Pengalaman mengendalikan jenazah adalah berlainan antara satu individu dengan individu lain. Kadang kala mengambil masa hampir belasan tahun untuk berhadapan dengan urusan kematian ahli keluarga tersayang.
Imam Nawawi dalam Kitab Minhaj al-Talibin ada menyatakan bahawa: ‘Apabila berlaku sesuatu kematian, empat urusan yang perlu disegerakan bagi pihak arwah adalah pengebumian jenazah, melangsaikan hutang, tunaikan wasiat dan mengagihkan harta pusaka.’
Berdasarkan pandangan tersebut, melangsaikan hutang serta menunaikan wasiat merupakan dua perkara yang akan disusuli selepas pengebumian jenazah dan yang terakhir adalah pengagihan harta pusaka si mati.
Walau bagaimanapun, apa yang dilihat berlaku pada masyarakat Islam masa kini adalah proses pembahagian harta pusaka seringkali tertangguh agak lama sehingga mereka yang berhak lewat mendapatnya.
Mungkin kerana alpa, prosedur yang rumit atau tidak berkemampuan untuk menyediakan kos pengurusan, masalah harta dibekukan dalam kalangan masyarakat Islam telah menjadi polemik agak membimbangkan.
Bumijez Sdn. Bhd. (Bumijez) yang merintis perkhidmatan keahlian Darul Jenazah untuk pengurusan jenazah tanpa tunai sejak 2009 mendapati isu pengurusan harta pusaka tidak boleh dipandang remeh kerana perkara berkenaan turut membebankan waris.
Sehubungan itu, bermula 12 Julai tahun lalu, Bumijez memperkenalkan perkhidmatan keahlian Darul Pusaka yang memberikan bantu mula kewangan kepada waris ahli sehingga RM35,000 sebagai salah satu punca kewangan untuk mempercepatkan proses tuntutan harta pusaka dan kos pentadbiran serta pengurusan harta pusaka.
Pengerusi Eksekutif Bumijez, Mohd. Zainal Khamis berkata, tidak hanya memberikan bantu mula kewangan untuk menyegerakan urusan pentadbiran harta pusaka, malah Darul Pusaka menyediakan konsultasi dan runding cara kepada waris untuk prosedur berkenaan.
Katanya lagi, semua pihak sepatutnya sedia maklum bahawa pengurusan harta pusaka melibatkan kos-kos tertentu antaranya pembayaran caj fail pusaka kecil, caj perbicaraan pembahagian pusaka, caj penilaian harta, caj rayuan ke Mahkamah Tinggi, caj guaman untuk rayuan kes sekiranya ada serta caj dokumentasi seperti surat akuan sumpah dan nota perbicaraan.
“Perkhidmatan keahlian Darul Pusaka yang bermula serendah RM240 setahun atau RM20 sebulan mampu memberi manfaat besar untuk meringankan beban waris ahli terutama dalam memulakan atau menyegerakan tuntutan harta.
“Kami membahagikan kepada dua pakej untuk dipilih iaitu D’Pusaka Perak bagi nilai harta di bawah RM1 juta yang memberikan bantu mula sebanyak RM10,000 dan D’Pusaka Emas untuk nilai harta di bawah RM5 juta yang memberikan bantu mula sebanyak RM35,000,” katanya.
Menurutnya, manfaat-manfaat lain turut diberikan adalah wang ihsan selain pampasan kematian akibat kemalangan mencecah sehingga RM50,000 bagi mereka yang mengambil pakej D’Pusaka Emas.
Sementara itu ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bumijez, Ab. Halim Hamzah berkata, kehadiran Darul Pusaka yang seiring dengan Darul Jenazah dapat menjadikan Bumijez sebagai pengurusan jenazah dan harta pusaka terbesar negara kerana perkhidmatannya meliputi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
“Sebelum ini kami sudah ke hadapan menerusi Darul Jenazah yang memiliki rangkaian lebih 1,000 pengurus jenazah untuk perkhidmatan pengurusan jenazah 24 jam di mana-mana sahaja dalam negara.
“Menerusi Darul Pusaka, kami menyediakan bantu mula kewangan untuk menyegerakan pengurusan harta pusaka si mati sekali gus dapat meringankan beban waris,” katanya yang memberitahu Darul Pusaka begitupun turut tertakluk kepada terma dan keahlian Bumijez.
Menurutnya, perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan Bumijez adalah patuh syariah, sistematik serta bersepadu dengan hasrat mencari keredaan Allah.
Selain hadir dalam media sosial menerusi platform Facebook dan Instagram, mana-mana pihak yang berminat untuk mengenal lebih lanjut mengenai perkhidmatan Bumijez boleh melayari laman web www.bumijez.com.










