Undang-undang bahan khayal bakal digubal - TPM - Utusan Malaysia

Undang-undang bahan khayal bakal digubal – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 17 Jan. – Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) bersetuju agar cadangan rang undang-undang bahan khayal digubal bagi tujuan mencegah, merawat dan membolehkan pengawasan penagih atau pengguna bahan khayal.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
WAN AZIZAH WAN ISMAIL 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah itu adalah bagi menangani masalah penyalahgunaan bahan khayal atau inhalan seperti gam dalam kalangan remaja.


“Ini adalah satu masalah sosial yang meruncing, ada anak muda seawal usia 10 tahun sudah menghidu gam,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat JKMD bilangan 1/2019 di sini hari ini.


Wan Azizah berkata, cadangan itu masih pada  peringkat draf yang mana semua aspek dimasukkan ke dalam draf berkenaan termasuk elemen pendidikan, kesederan dan sebagainya.


“Kita jangka ia boleh dibentangkan pada mesyuarat sidang Parlimen akan datang,” katanya. 


Tambah beliau, jawatankuasa turut mempertimbangkan secara serius cadangan pelaksanaan perintah berkurung bagi remaja di bawah umur 18 tahun berdasarkan model yang diamalkan di Iceland.


Kata beliau, melalui perintah berkurung itu, ibu bapa akan mengetahui di mana anak-anak mereka sekali gus membendung golongan itu terjebak dalam gejala negatif seperti menghidu gam.


“Mungkin sukar dengan persekitaran negqra ini yang mempunyai kedai-kedai makan 24 jam tapi ini kita lihat kerana kita dapat tahu kalangan penghidu gam ini afa yang berusia sangat muda.


“Kita melihat banyak faktor termasuk keadaan perumahan dan latar belakang pendidikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN