Ugutan ala kongsi gelap Guan Eng - Utusan Malaysia

Ugutan ala kongsi gelap Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Serangan politik bersiri yang dipelopori Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terhadap beberapa buah negeri yang tidak sealiran dengan Kerajaan Persekutuan mutakhir ini amat tidak wajar sama sekali.

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
REEZAL MERICAN NAINA MERICAN 

Terbaharu, serangan terhadap Kerajaan Negeri Pahang adalah sesuatu yang bermotifkan politik bagi mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan Guan Eng tidak sewajarnya menggunakan medium dan kedudukan beliau untuk melancarkan serangan fakta ekonomi yang boleh merosakkan hubungan negeri dan Pusat.

“Ini bukan cara ahli politik budiman. Ini taktik ugut ala kongsi gelap yang diperkenalkan Kementerian Kewangan.

“Saya kesal ini budaya politik Malaysia baharu yang kurang adab dan tertib. Malang untuk Malaysia mempunyai Menteri Kewangan yang menggunakan kedudukan untuk mengatur serangan politik berbanding menjaga kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Guan Eng hari ini mempersoal sama Kerajaan Pahang yang dikuasai Barisan Nasional (BN) mampu membangunkan negeri tersebut atau tidak apabila nilai hutang keseluruhannya sudah mencecah RM3.2 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN