Tutup tadika, kanak-kanak tuisyen di gelanggang waktu malam - Utusan Malaysia

Tutup tadika, kanak-kanak tuisyen di gelanggang waktu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 Jan. – Seorang Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) didakwa mengarahkan supaya mangga dan kunci sebuah tadika di Pasir Gudang di sini ditukar.

Menurut laman Facebook Ops Johor, tindakan Ahli Majlis tersebut juga menyebabkan murid-murid tadika berkenaan balik sebelum waktunya.

Facebook Ops Johor kelmarin turut memaparkan gambar sekumpulan kanak-kanak menghadiri kelas tuisyen dipercayai di sebuah gelanggang pada waktu malam.

Laman sosial itu turut memetik kenyataan Aktivis Bangsa Johor, Ab. Hamka yang mendakwa, masyarakat setempat ingin menggunakan dewan dan kemudahan di kawasan Ahli Majlis itu perlu meminta kebenaran.

“Inilah akibatnya bila melantik Ahli Majlis bukan anak tempatan. Dah tak ada anak Johor yang layak?

“Soalnya kenapa perlu ditukar semua mangga dan kunci? Beli mangga dan kunci itu guna duit siapa? MPPG? Itu duit rakyat,” katanya seperti dipetik akaun Facebook itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh akan mengadakan sidang akhbar berhubung isu berkenaan di Pejabat ADUN Permas di Taman Bukit Dahlia di Pasir Gudang pada 1 petang esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×