LANGKAWI 1 Jan. – Perdana Menteri menyambut baik hasrat rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong yang mahu menangani semua isu-isu baharu dan yang sedang dihadapi antara kedua-dua negara itu secara tenang dan konstruktif. Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Singapura, namun mengakui kadang-kala terdapat masalah dengan negara republik itu yang diselesaikan secara rundingan. “Saya mengalu-alukan kenyataan terbuka beliau. Ya kita mempunyai hubungan baik…










