SERDANG 17 Jan. – Seorang wanita warga Indonesia ditemukan mati dalam keadaan menyayat hati di dalam bilik di rumah sewanya di tingkat 5, Blok B, Pangsapuri Taman Universiti Indah, Seri Kembangan di sini hari ini. Mangsa, Jamilah Mat Shaari, 33, yang sudah menetap di Malaysia sejak 10 tahun lalu itu ditemukan adik iparnya kira-kira pukul 5 petang. Menurut adik ipar mangsa, Suridah Sadrum, 34 tahun, berdasarkan keadaan mangsa dia percaya…










