KUALA LUMPUR 29 Jan. – Tujuh perokok beroleh kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kementerian Kesihatan yang mewartakan semua tempat makan sebagai tempat larangan merokok bermula 1 Januari lalu. Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Azizah Nawawi memutuskan demikian di kamar hakim di sini yang dihadiri peguam-peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Datuk M. Reza Hassan bagi pihak perokok selaku pemohon dan Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan mewakili Kementerian Kesihatan. Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan untuk menggantung penguatkuasaan larangan itu atas alasan mahkamah tidak berhak menggantung mana-mana keputusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya