KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh buah kenderaan mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah lori yang hilang kawalan dalam kejadian di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang 2 (Duke 2) menghala ke Sungai Buloh, di sini hari ini. Bagaimanapun tiada mangsa cedera atau maut dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 9.30 pagi itu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian tersebut berlaku apabila lori yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan lalu merempuh tujuh kereta yang berada di hadapannya. “Lori yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya