Tuduhan terhadap Stone tidak ada kaitan dengan Trump - Utusan Malaysia

Tuduhan terhadap Stone tidak ada kaitan dengan Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 25 Jan. – Siasatan terhadap bekas penasihat kempen Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Roger Stone membabitkan campur tangan Rusia dalam pilihan raya AS 2016 tidak ada kaitan dengan Trump mahupun White House. Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Akhbar White House, Sarah Sanders dalam satu temubual dengan CNN, di sini hari ini. Reuters melaporkan, Stone ditahan ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) hari ini untuk dihadapkan ke mahkamah atas tujuh pertuduhan termasuk dakwaan cuba menghalang prosiding rasmi, menganggu saksi pendakwaan dan membuat kenyataan palsu. -AGENSI

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN