DHAKA 3 Jan. – Ketika parti pemerintah, Parti Liga Awami (AL) melangkah ke arah kemenangan dalam pilihan raya umum baru-baru ini, pakatan pembangkang menyifatkan keputusan pilihan raya itu sebagai ‘mengarut’ dan mendesak pemilihan semula diadakan. Kerajaan dituduh menipu undi dan mengugut pembangkang serta penyokongnya. Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam serangan ketika hari pengundian. Al-Jazeera baru-baru ini sempat menemu bual Gowher Rizvi, Penasihat Hal Ehwal Antarabangsa kepada pemimpin AL dan Perdana…










