KUANTAN – Pengerusi Keadilan negeri Pahang Fuziah Salleh memberi tempoh 24 jam kepada seorang pemilik blog agar membuat permohonan maaf atau berhadapan tindakan saman kerana mengaitkannya dengan kegiatan salah guna kenderaan milik kerajaan untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands. Tindakan individu yang menggunakan nama Yusman Zahari Zakaria itu secara jelas menuduhnya selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggunakan kenderaan Jabatan Hutan Daerah Raub dalam artikel…










