TPM tiba ke Johor untuk lawatan rasmi sulung - Utusan Malaysia

TPM tiba ke Johor untuk lawatan rasmi sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di sini hari ini bagi memenuhi jadual lawatan kerja seharinya ke Johor.

Pesawat yang membawa Wan Azizah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, pada 9.55 pagi dan disambut barisan exco kerajaan negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Pelancongan Johor, Liow Cai Tung.

Ini adalah lawatan sulung Dr. Wan Azizah ke negeri ini sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 21 Mei tahun lalu, susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Sejurus tiba, Dr. Wan Azizah dijadualkan bertemu Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian di kediaman rasmi Menteri Besar Johor di Saujana bagi mendengar taklimat berkaitan pembangunan negeri Johor.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kemudian dijadual merasmikan Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Johor, di Angsana Mall Johor Bahru, pada 11 pagi. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×