TPM menghadap Sultan Johor - Utusan Malaysia

TPM menghadap Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 Jan. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Istana Bukit Serene di sini sebentar tadi.

Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menyambut Dr. Wan Azizah yang tiba di istana itu pada pukul 3 petang.

Pertemuan tersebut dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurut Facebook tersebut, itu merupakan kunjungan rasmi Dr. Wan Azizah yang pertama sejak dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pertemuan bersama-sama baginda yang turut membincangkan pelbagai perkara berlangsung lebih sejam sebelum Dr. Wan Azizah diraikan dalam satu majlis santapan ringan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN