Tottenham kembali raih kemenangan - Utusan Malaysia

Tottenham kembali raih kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 31 Jan.- Jaringan Son Heung-min dan Fernando Llorente membantu Tottenham menewaskan Watford 2-1 di Wembley awal pagi tadi dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus menceriakan penyokong selepas tersingkir daripada saingan Piala Liga dan Piala FA.

Spurs nyaris kalah untuk kali ketiga dalam lima perlawanan selepas jaringan Craig Cathcart meletakkan Watford mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

Namun, Son yang kembali selepas cabaran Korea Selatan dalam Piala Asia berakhir menyamakan kedudukan pada minit ke-80 dan penyerang Sepanyol Llorente muncul wira pada minit ke-87 untuk mengesahkan kemenangan.

Spurs akan menentang Newcastle dan Leicester dalam aksi Liga Perdana sebelum beraksi dalam saingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×