TMJ ucap terima kasih kepada Tun M melawat Sultan Johor, Johor - Utusan Malaysia

TMJ ucap terima kasih kepada Tun M melawat Sultan Johor, Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 12 Jan. – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir kerana sudi menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene kelmarin.

Tunku Ismail turut berharap dengan pertemuan antara baginda dan Perdana Menteri itu, mereka boleh bekerjasama untuk masa depan negara yang lebih baik.

Beliau juga mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik selain mengucapkan selamat maju jaya kepada Dr. Mahathir.

“Assalamualaikum. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kerana melawat Johor ‘menghadap’ ayahanda DYMM Tuanku Sultan.

“Saya harap kita dapat bekerjasama untuk masa depan negara yang lebih baik. Selamat maju jaya serta berharap diberi kesihatan yang baik dan terima kasih, Sir. Salam ikhlas, Ismail Ibrahim,” katanya menerusi laman Twitter beliau sebentar tadi.

Pada dua hari lalu, Dr. Mahathir mengadakan pertemuan empat mata bersama Sultan Ibrahim selama sejam setengah di Istana Bukit Serene, beliau sebelum itu tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pada 3.30 petang.

Selepas pertemuan selama sejam setengah, Sultan Ibrahim berkenan menghantar Dr. Mahathir dengan menaiki kereta Proton Saga biru, nombor pendaftaran Proton 1 yang dipandu sendiri baginda ke LTAS. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN