KUALA TERENGGANU – Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) meneruskan kecemerlangan dengan menumbangkan juara bertahan, PKS-Uniten 3-2 pada aksi keenam Liga Hoki Wanita Malaysia (MWHL) di Stadium Batu Burok di sini sebentar tadi. Tuan rumah bermula garang apabila mendahului menerusi pukulan sudut penalti diambil pakar flick dari India, Jaspreet Kaur pada minit ke-14. Terdahulu, kelebihan TLHT mendahului 1-0 tidak bertahan lama selepas PKS-Uniten berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang tonggak kebangsaan,…










