TEBING BARAT 29 Jan. – Rancangan Zionis untuk mengusir pemerhati awam antarabangsa sementara Hebron (TIPH) di Hebron dekat sini dianggap sebagai satu pengabaian ke atas perjanjian yang dibuat di bawah naungan antarabangsa. Nabil Abu Rudeineh, jurucakap kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, berkata, keputusan itu bermaksud mereka telah melanggar perjanjian dibuat antara rejim itu bersama kerajaan Palestin serta lima negara lain. “Mereka seperti melepas tangan daripada memikul tanggungjawab yang mereka persetujui…










