Tiket Santuari Kelah di Tasik Kenyir RM25 - Utusan Malaysia

Tiket Santuari Kelah di Tasik Kenyir RM25

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 26 Jan. – Berkuatkuasa 1 Mac depan, kadar harga tiket masuk ke Santuari Kelah di Sungai Petang, Tasik Kenyir adalah sebanyak RM25 untuk pengunjung dewasa.

Nikaniaga Travel & Tours Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan berkata, bagi kanak-kanak pula bayaran yang dikenakan adalah RM15 manakala kalangan bukan warganegara, sebanyak RM45 (dewasa) dan kanak-kanak (RM25).

“Kadar berkenaan meliputi tiket masuk, pertukaran bot dari Kompleks Santuari ke Hentian 1 di Sungai Petang di samping barangan cenderahati dan snek,” katanya, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Santuari Kelah yang terletak kira-kira 21 kilometer dari Jeti Pengkalan Gawi, dibangunkan dan diselia oleh Ketengah selaras usaha pemuliharaan spesies ikan kelah yang semakin terancam selain mempromosi aktiviti rekreasi sebagai galakan tarikan pelancongan di Tasik Kenyir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×