MADIUN 15 Jan.- Polis menahan tiga wanita dan dua lelaki dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran di sebuah hotel, di sini.
Ketiga-tiga wanita, dua daripadanya dikenali ER, 25, VT, 22 dan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didakwa melakukan aktiviti pelacuran secara dalam talian.
Jurucakap polis Madiun, AKP Suharyono mengesahkan penahanan tersebut.
“Ya, tiga wanita didakwa terlibat pelacuran dalam talian. Salah seorang daripadanya masih di bawah umur,” katanya.










