SWISS 4 jan. – Tiga bekas pegawai bank Credit Suisse ditahan kerana terlibat dalam skim penipuan berjumlah AS$2 bilion (RM8.3 bilion) yang dikaitkan dengan beberapa syarikat di Mozambique. BBC melaporkan, ketiga-tiga suspek tersebut dibebaskan dengan ikat jamin di London manakala pihak berkuasa Amerika Syarikat mengemukakan permohonan supaya mereka diekstradisi. Skim tersebut dipercayai melibatkan pinjaman negara kepada beberapa syarikat di Mozambique. Kesemua suspek ditahan di London semalam. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya