Tiga maut, seorang parah di Rantau Panjang - Utusan Malaysia

Tiga maut, seorang parah di Rantau Panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG – Tiga maut dan seorang cedera parah apabila kereta jenis Perodua Myvi yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam longkang di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas berhampiran Lubok Jong di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd. Syadzaa Salleh, 23, dan Mohd. Zakaria Zainuddin, 22.

Dua lagi identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Azmi Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.14 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, tiga daripada mereka disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Seorang lagi yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×