'Tidur' 3 jam di atas bom Perang Dunia Kedua - Utusan Malaysia

‘Tidur’ 3 jam di atas bom Perang Dunia Kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VENLO, Belanda – Seorang lelaki menggadai nyawa selepas berbaring di atas sebutir bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua selama tiga jam di sebuah taman komuniti di sini baru-baru ini.

Xavier Lucassen, 45, berbuat demikian kerana mahu mengurangkan impak letupan apabila menyedari bom itu mula mengeluarkan bunyi pelik selepas beberapa minit dia menemui bahan peledak terbabit di taman tersebut malam Rabu lalu.

Bagaimanapun, bunyi itu kemudiannya berhenti dan Lucassen tidak berani untuk berdiri. Dia menggunakan telefon bimbitnya untuk menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan, kata jurucakap perkhidmatan keselamatan Belanda, Veronique Klaassen.

Anggota skuad pemusnah bom (EOD) dari Kementerian Pertahanan Belanda tiba untuk melupuskan bom itu ketika penduduk setempat dipindahkan.

Bom itu kemudian disahkan sudah tidak berbahaya. Lucassen menerima rawatan untuk hipotermia kerana berbaring terlalu lama dalam cuaca sejuk. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN