Tidak sampai dua jam dilaporkan, Maik bantu Raja Amirul - Utusan Malaysia

Tidak sampai dua jam dilaporkan, Maik bantu Raja Amirul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 4 Jan. – Tidak sampai dua jam kisah seorang pelajar kurang upaya di Kampung Gong Tengah, Semerak, dekat sini yang memerlukan bantuan untuk meneruskan pelajar ke Sekolah Menengah Sains (SMS) Machang dilaporkan oleh Utusan Online terus mendapat respon daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim.

Raja Amirul Mukmin Raja Safari, 13, yang mendapat keputusan cemerlang, 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada mulanya enggan untuk meneruskan pengajian ke sekolah berasrama penuh (SBP) tersebut kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya yang kini tinggal dalam reban ayam organik yang telah diubah suai sejak lima tahun lalu.

Wan Hassan berkata, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) telah bersetuju untuk membina sebuah rumah yang lebih selesa untuk keluarga tersebut dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, panel penilai bantuan rumah Maik bersama Penghulu Mukim berkenaan, Mohd. Zulkifli Salleh telah pun melawat kediaman tanpa bilik milik keluarga tersebut.

“Saya telah menyantuni kesusahan keluarga ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin. Anaknya, Raja Amirul Mukmin, 13, adalah sinar permata buat keluarga berkenaan.

“Peruntukan Rumah Duafat bagi keluarga berkenaan sudah dalam proses kelulusan Maik untuk dibina bagi tahun ini. InsyaAllah, akan dipercepatkan demi keperluan mereka anak beranak,” katanya, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN