Tidak percaya janji calon, pengundi minta surat peguam - Utusan Malaysia

Tidak percaya janji calon, pengundi minta surat peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Jan.- Tular dalam media sosial sejak semalam, satu rakaman video seorang peniaga runcit di Kampung Sungai Koyan 1, Cameron Highlands, Pahang yang meminta ‘surat lawyer’ daripada calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Cameron Higlands, M. Manogaran.


M. Manogaran, calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Tuntutan secara spontan oleh wanita warga emas yang sebagai Rahana Hassan, 76, itu adalah sebagai bukti PH dapat menunaikan janji yang diberikan kepada pengundi-pengundi di Cameron Highlands sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen tersebut ketika ini.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Harapan tak Harapan mak cik tak tahu, kalau buat surat ‘lawyer’ boleh, janji, kalau cakap mulut sahaja mak cik tak percaya,” katanya menerusi video berdurasi 20 saat yang difahamkan dirakam oleh juruvideo portal Malaysia Gazette.


Menurut portal tersebut, rakaman video itu adalah ketika Manogaran berkempen dan bertemu dengan penduduk di Kampung Sungai Koyan 1, semalam.


Manogaran sebelum itu berharap agar Rahana dapat memberi peluang dan seterusnya mengundi PH dalam PRK Cameron Highlands sebagai parti yang telah membentu kerajaan baharu Persekutuan.


Sementara itu, menerusi video berdurasi lebih panjang yang disiarkan portal tersebut juga semalam, Rahana turut meluahkan perasaan kecewanya terhadap jurang perbezaan pembangunan yang berlaku di bandar dan luar bandar. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini