Tiada tempat untuk pemain 'malas' - Utusan Malaysia

Tiada tempat untuk pemain ‘malas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 22 Jan. – Pemain yang ‘malas’ bekerja keras tidak akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama The Red Warriors (TRW) untuk mengharungi saingan Liga Perdana musim ini.

Pengarah Teknikal TRW, Jorg Peter Steinebrunner berkata, semua pemain akan mendapatkan peluang beraksi sekiranya mereka menunjukkan komitmen tinggi dan bekerja keras sepanjang sesi latihan serta aksi persahabatan sebelum saingan bermula.

Menurutnya, status ‘pemain bintang’ tidak akan menjamin tempat buat mereka yang malas untuk bekerja keras.

“Tiada ada istilah ‘pemain bintang’ dan ‘pilih kasih’ dalam skuad kendalian saya musim ini.

“Semua pemain akan menerima layanan sama adil, jika mahu berada dalam pasukan, sila buktikan kemampuan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Steinebrunner memberitahu, dia amat berharap pemain dapat menunjukkan komitmen tinggi sepanjang sesi latihan pra musim ini.

Katanya, bukan itu sahaja komunikasi dua hala penting supaya pemainnya mampu memahami segala taktikal yang dirancang.

“Saya percaya komunikasi dua hala mampu memberi kestabilan kepada skuad.

“Amat penting untuk jurulatih mendengar suara pemain dan kita akan saling menghormati antara satu sama lain,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×